![]() |
Tutorial niqab basic (tutup dahi) |
Salam alaik...hari ini admin nak kongsi tutorial pakai Niqab biasa yang bertutup dahi ataupun nama diberi Full Box/DD.Bagi yang biasa berniqab benda ini sangat mudah,sambil tutup mata pun boleh tapi bagi yang tak tahu,tak pernah berniqab,baru berniqab atau non muslim yang mahu cuba mungkin tutorial ini boleh membantu.Memandangkan kebanyakkan #NClovers kami juga adalah newbie dan ada yang non muslim...
Mula-mula perlu ada niqab full (tak kisah warna apa pun).Kita mulakan dari niqab asas yang simple,akan datang kami kongsikan niqab 2,3,4,5 layer.
Step by step.
1-Lipat tudung (khimar Aisyah patung pakai) seperti dalam gambar.Buat tudung rata melekat dahi atau pilih tudung yang soft awning atau tiada awning bagi yang mahu berniqab full (tutup dahi).
👉Tujuan agar mudah ikatan tali headband niqab didahi dan nampak kemas dibahagian dahi serta tepi mata.
2-Acukan niqab di muka...headband letak didahi.Cara ini sama utk niqab design box(petak) atau DD (curve).
3-Tarik dan ikat tali dibelakang,ikat simpul pertama dengan kemas.
4.Ikat lagi simpul kedua,boleh simpul satu atau simpul dua kali.(Teknik simpul pengakap) 😀
5.Siap untuk design box
(Niqab 1layer petak)
6.Siap untuk design DD
(Double decker curve)
👉Pemilihan fabrik niqab sangat penting untuk keselesaan niqab,utamakan material chiffon.Keselesaan bukaan mata juga memainkan peranan penting.
👉Harga bukan penentu kualiti niqab.Ada yang murah tapi tak selesa,ada yang murah tapi selesa.Ada yang mahal tapi tak selesa dan ada yang mahal dan memang selesa.
Selamat mencuba dan selamat berniqab 🙋
Contoh untuk niqab V-Shape 1layer,Nosetring 1layer pun sama juga seperti diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan